Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PETROLEUM DAN ELEKTRIK (KAWALAN BEKALAN) 1974

Seksyen 14

(2)

Jika dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan adalah perlu untuk membuktikan—

(a)

bahawa sesuatu kenderaan telah, atau telah tidak, didaftarkan atas nama mana-mana orang;

(b)

bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemunya berdaftar sesuatu kenderaan; atau

(c)

bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen yang diberikan di bawah undang-undang lalu lintas jalan yang berkaitan, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar dan yang memperakui perkara yang disebut terdahulu boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi bukti prima facie tentang fakta yang diperakui dalam perakuan itu tanpa bukti tandatangan

Pendaftar pada perakuan itu.

Liabiliti pekongsi, pengarah, dll.

Section 14 — AKTA PETROLEUM DAN ELEKTRIK (KAWALAN BEKALAN) 1974