Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(1A)
Subseksyen (1) tidaklah terpakai berkenaan dengan mana-mana orang yang bertindak dengan sah di bawah pengawasan atau arahan seseorang yang memiliki lesen pengendalian petroleum yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2)
Bagi maksud Akta ini, Menteri dengan ini memberi kuasa kepada orang yang berikut untuk memberi atau menolak lesen penstoran petroleum atau pengendalian petroleum di bawah seksyen ini−
(a)
berkenaan dengan mana-mana kawasan di bawah suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa mengenai Sabah, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa itu; dan
(b)
berkenaan dengan mana-mana kawasan selain kawasan yang tersebut di bawah perenggan (a), orang yang diberi kuasa oleh Menteri dengan perintah.
(3)
Bagi maksud pemakaian subseksyen (2) kepada Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, “Pihak Berkuasa Negeri”
ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan.
(4)
Penghuni mana-mana premis di mana petroleum ada distor atau dikendalikan yang melanggari seksyen ini atau apa-apa syarat lesen penstoran petroleum atau pengendalian petroleum yang diberikan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan denda tambahan sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari atau sebahagian daripada satu hari yang pelanggaran itu berlaku atau berterusan dan apa-apa petroleum, dan apa-apa alatan, perkakas atau bekas dalam mana ia terkandung boleh disita dan boleh dilucut hak.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
(5)
Suatu lesen penstoran petroleum atau pengendalian petroleum yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa bagi masa-masa sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu dan hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana perlu, khususnya, syarat mengenai cara penstoran, jenis dan keadaan premis dalam mana, dan jenis barang-barang yang dengannya, petroleum hendak distor, cara mengendalikan petroleum, kemudahan menguji petroleum dari semasa ke semasa dan amnya mengenai jagaan selamat petroleum.
(6)
Jika syarat yang hendak dipatuhi oleh seseorang yang diambil kerja dikenakan kepada mana-mana lesen penstoran petroleum atau pengendalian petroleum itu, penghuni premis yang dimaksudkan oleh lesen itu hendaklah menyebabkan supaya sentiasa ditampalkan di premis itu, dalam suatu bentuk dan di suatu tempat supaya mudah dibaca oleh orang yang diambil kerja di premis itu, suatu notis menyatakan syarat itu, dan—
(a)
jika penghuni mana-mana premis itu tidak mematuhi kehendak tersebut di atas dalam subseksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan denda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari atau sebahagian daripada satu hari yang kegagalan itu berlaku atau berterusan;
(b)
jika mana-mana orang menurunkan, merosakkan, atau mencacatkan apa-apa notis yang ditampal mengikut kehendak subseksyen ini, dia boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan
(c)
jika mana-mana orang yang diambil kerja oleh penghuni itu melanggar apa-apa syarat yang baginya notis telah diberi mengikut kehendak subseksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 23
Melabel bekas atau bejana yang mengandungi petroleum