Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984

Seksyen 20

(a)

disimpan di mana-mana tempat; atau

(b)

dihantar atau dibawa di antara mana-mana dua tempat di

Malaysia; atau

(c)

dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, hendaklah dilampirkan pada, atau jika ianya tidak praktik, dipamerkan berhampiran dengan, bekas atau bejana yang mengandungi petroleum itu, suatu label yang menunjukkan apa-apa maklumat atau perihalan sebagaimana ditetapkan oleh peraturan-peraturan termasuklah yang berikut:

(i)

mengenai petroleum yang disimpan, nama dan alamat penerima konsain atau pemunya;

(ii)

mengenai petroleum yang dihantar atau dibawa, nama dan alamat penghantar; dan

(iii)

mengenai petroleum yang dijual atau didedahkan atau ditawarkan untuk jualan, nama dan alamat penjual.

(2)

Mana-mana orang yang menyimpan, menghantar, membawa, menjual atau mendedahkan atau menawarkan untuk jualan apa-apa petroleum dengan melanggar seksyen ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan petroleum yang berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan dan mana-mana vesel yang mengandungi petroleum itu boleh disita dan boleh dilucut hak atau dibuat sesuatu mengenainya mengikut apa-apa cara sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

Kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan dalam keadaan khas

Section 20 — AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984