Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(a)
radas atau premis yang diberi lesen, permit atau kelulusan sedemikian telah menjadi tidak layak yang bagi maksudnya ia telah diberi lesen, permit atau kelulusan;
(b)
orang yang kepadanya lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan itu diberikan telah melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan itu; atau
(c)
penerusan lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan itu adalah bertentangan dengan keselamatan awam, meminta pemegang lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan supaya menunjukkan sebab mengapa lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutannya tidak patut dibatalkan.
(2)
Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah subseksyen (1)—
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 39
(a)
hendaklah diberikan butir-butir secara bertulis yang menjadi asas dia diminta menunjukkan sebab oleh orang atau pihak berkuasa, mengikut mana yang berkenaan; dan
(b)
boleh, jika dia kehendaki sedemikian, hadir di pendengaran itu atau diwakili di pendengaran itu oleh seorang lain yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
(3)
Jika selepas pendengaran, orang atau pihak berkuasa itu, mengikut mana yang berkenaan, berpendapat bahawa orang yang diminta menunjukkan sebab telah tidak berbuat demikian, maka orang atau pihak berkuasa itu boleh, walaupun terdapat apa-apa prosiding jenayah yang mungkin dibawa terhadap orang yang diminta menunjukkan sebab itu, membatalkan lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutannya.
(4)
Subseksyen (1) tidaklah menyentuh kuasa orang atau pihak berkuasa yang disebut dalamnya untuk menggantung lesen, permit, kelulusan atau tempoh lanjutan sementara menunggu keputusan pendengaran menunjukkan sebab itu, jika orang atau pihak berkuasa itu fikirkan sesuatu tindakan seperti itu sebagai suai manfaat dan perlu mengikut hal keadaan kes itu.
Rayuan kepada Menteri