Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(2)
Atas rayuan, Menteri boleh menerima apa-apa keterangan sebagaimana difikirkannya perlu dan boleh mengesahkan, memansuhkan atau mengubah keputusan atau syarat yang dibuat atau dikenakan oleh orang atau pihak berkuasa yang memberikan lesen, permit atau kelulusan itu.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
(3)
Bagi maksud memberi apa-apa nasihat atau bantuan yang mungkin diperlukan oleh
Menteri bagi membolehkannya menimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh melantik pegawai atau pegawai-pegawai yang mempunyai kemahiran teknikal dan kemahiran lain yang sesuai, sebagaimana difikirkannya perlu dan pegawai atau pegawai-pegawai itu hendaklah mempunyai kuasa memeriksa mana-mana premis untuk membolehkannya atau mereka menasihati atau membantu Menteri dengan berkesannya.
Kuasa Menteri memberi pengecualian