Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Apa-apa pindaan kepada suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat berhubung dengan perkara sebagaimana yang ditetapkan dan tidak boleh menyentuh identiti petunjuk geografi itu secara substansial, atau memperluas perihalan barang yang diliputi oleh permohonan itu.
(3)
Jika pemohon itu menarik balik permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografinya setelah penyetujuterimaan telah disiarkan di bawah subseksyen 14(1), notis penarikan balik permohonan itu hendaklah disiarkan.
Petunjuk Geografi 27
(4)
Pemohon tidak boleh membatalkan permohonan bagi penarikan balik di bawah subseksyen (3) jika permohonan bagi penarikan balik itu telah diberikan kesan oleh Pendaftar.