Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 16

(2)

Notis bangkangan yang difailkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan alasan bangkangan.

(3)

Pembangkang hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, menyampaikan notis bangkangan itu bersama dengan pernyataan alasan bangkangan yang difailkan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (1) dan (2) kepada pemohon.

(4)

Pemohon hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan selepas penerimaan notis bangkangan itu daripada pembangkang, memfailkan suatu pernyataan balas dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(5)

Jika pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (4), permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.

(6)

Pernyataan balas yang difailkan di bawah subseksyen (4)

hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan alasan bagi pernyataan balas itu.

(7)

Pembangkang dan pemohon hendaklah memfailkan apa-apa keterangan mengikut cara yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menyokong bangkangan atau pernyataan balas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 836

(8)

Jika pembangkang atau pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (7), bangkangan atau permohonan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.

(9)

Jika pemohon memfailkan apa-apa keterangan di bawah subseksyen (7), pembangkang boleh memfailkan apa-apa keterangan balas mengikut cara yang ditetapkan.

(10)

Pemohon dan pembangkang boleh memfailkan suatu hujahan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan.

(11)

Setelah menimbangkan keterangan dan hujahan bertulis,

Pendaftar hendaklah memutuskan untuk—

(a)

menolak untuk mendaftarkan petunjuk geografi sebagaimana yang difailkan oleh pemohon;

(b)

mendaftarkan petunjuk geografi sebagaimana yang difailkan oleh pemohon; atau

(c)

mendaftarkan petunjuk geografi sebagaimana yang difailkan oleh pemohon tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

(12)

Jika suatu rayuan dibuat kepada Mahkamah terhadap keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (11)—

(a)

rayuan itu hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan;

(b)

Mahkamah hendaklah, jika perlu, mendengar pihak-pihak dan Pendaftar;

(c)

mana-mana pihak boleh, sama ada mengikut cara yang ditetapkan atau dengan kebenaran Mahkamah, memfailkan apa-apa keterangan tambahan bagi pertimbangan

Mahkamah; dan

(d)

pembangkang tidak boleh mengemukakan apa-apa alasan tambahan bagi bangkangan kepada pendaftaran petunjuk geografi itu bagi pertimbangan Mahkamah kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

Petunjuk Geografi 29

(13)

Jika apa-apa alasan tambahan bagi bangkangan dikemukakan oleh pembangkang, pemohon hendaklah berhak untuk menarik balik permohonannya mengikut cara yang ditetapkan tanpa pembayaran apa-apa kos kepada pembangkang.

(14)

Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang pembangkang, pemohon atau perayu, tidak tinggal atau tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, Pendaftar atau Mahkamah boleh menghendakinya untuk memberikan jaminan kos bagi prosiding yang berhubungan dengan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(15)

Bagi maksud subseksyen (14), Pendaftar boleh menentukan cara dan bentuk untuk memberikan jaminan kos bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(16)

Jika jaminan kos itu tidak diberikan dengan sewajarnya di bawah subseksyen (14), bangkangan, permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi, atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disifatkan sebagai ditarik balik.

(17)

Bagi maksud seksyen ini, “pembangkang” ertinya orang yang berkepentingan yang disebut dalam subseksyen (1).

Section 16 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my