Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 17

(a)

permohonan itu tidak dibangkang dan tempoh bagi bangkangan telah habis tempoh; atau

(b)

permohonan itu telah dibangkang dan bangkangan itu telah diputuskan memihak kepada pemohon,

Pendaftar hendaklah, melainkan jika permohonan itu telah disetuju terima secara khilaf, mendaftarkan petunjuk geografi itu dalam Daftar atas nama pemohon.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 836

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), petunjuk geografi itu hendaklah didaftarkan sebagaimana pada tarikh pemfailan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu dan tarikh itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai tarikh pendaftaran.

(3)

Selepas pendaftaran petunjuk geografi itu, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi itu dengan meterai Pendaftar kepada tuan punya berdaftar.

Section 17 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my