Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Petunjuk Geografi 2000
[Akta 602];
“barang” ertinya apa-apa barang sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;
“cap dagangan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] atau dalam mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan;
“cap dagangan berdaftar” ertinya suatu cap dagangan yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan;
“cap dagangan terkenal” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan;
“Daftar” ertinya Daftar Petunjuk Geografi yang disimpan di bawah Akta ini;
“ditentukan oleh Pendaftar” ertinya apa-apa penentuan yang dibuat oleh Pendaftar dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95;
“ditetapkan” ertinya, berhubung dengan prosiding di hadapan
Mahkamah atau prosiding permulaan baginya atau prosiding yang berkaitan dengannya, ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], dan dalam hal lain, ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Petunjuk Geografi 13
“ejen” ertinya seorang ejen petunjuk geografi yang berdaftar mengikut Akta ini;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi petunjuk geografi;
“orang yang berkepentingan” berhubung dengan barang yang dikenal pasti oleh suatu petunjuk geografi, ertinya pengeluar barang, peniaga barang, atau persatuan bagi pengeluar itu, persatuan bagi peniaga itu atau persatuan bagi pengeluar dan peniaga itu;
“orang yang layak” ertinya—
(a)
seorang warganegara Malaysia atau seorang individu yang bermastautin di Malaysia;
(b)
suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;
atau
(c)
mana-mana orang lain yang mempunyai pertubuhan perindustrian atau komersial yang sebenar dan efektif di Malaysia;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Petunjuk Geografi sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 3(1);
“pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia”
mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam
Akta Cap Dagangan 2019;
“pengeluar” ertinya mana-mana pengeluar, pengilang atau peniaga barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu;
“penggunaan” ertinya penggunaan sebagai sebahagian daripada, berkaitan dengan—
(a)
apa-apa transaksi, termasuk suatu pembelian, jualan atau pertukaran;
(b)
apa-apa pengimportan atau pengeksportan;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 836
(c)
apa-apa pengiklanan; atau
(d)
apa-apa invois, senarai wain, katalog, surat perniagaan, kertas kerja perniagaan, senarai harga atau dokumen komersial lain;
“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar di bawah subseksyen 3(3);
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002
[Akta 617];
“petunjuk geografi” ertinya suatu petunjuk yang boleh mengandungi satu atau lebih perkataan yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal daripada suatu negara atau wilayah, atau suatu rantau atau lokaliti dalam negara atau wilayah itu, yang suatu kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang itu adalah pada dasarnya boleh dikaitkan dengan tempat asal geografinya;
“petunjuk geografi berdaftar” ertinya suatu petunjuk geografi yang berdaftar di bawah seksyen 17 atau Akta yang dimansuhkan;
“petunjuk geografi homonim” ertinya suatu petunjuk geografi yang, sebahagian atau keseluruhannya, mempunyai ejaan yang sama seperti, atau berbunyi sama seperti, suatu petunjuk geografi bagi apa-apa barang yang mempunyai tempat asal geografi yang berlainan;
“petunjuk geografi terdahulu” ertinya—
(a)
suatu petunjuk geografi yang telah didaftarkan di bawah seksyen 17 atau Akta yang dimansuhkan; atau
(b)
suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi yang telah dibuat di bawah seksyen 8 atau Akta yang dimansuhkan, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang berkenaan;
Petunjuk Geografi 15
“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya mana-mana—
(a)
kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi, bagi pihak, atau yang dibenarkan oleh, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri;
(b)
kerajaan selain Kerajaan Malaysia; atau
(c)
pihak berkuasa yang berwibawa untuk memperaku barang, dan mempunyai tanggungjawab bagi petunjuk geografi yang berkenaan;
“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik untuk menjadi
Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 3(3);
“tuan punya berdaftar” berhubung dengan suatu petunjuk geografi, ertinya orang yang pada masa sekarang tercatat dalam
Daftar sebagai tuan punya petunjuk geografi itu;
“varian” ertinya apa-apa varian suatu petunjuk geografi yang terdiri daripada petunjuk geografi itu, dan termasuklah apa-apa terjemahan, transliterasi atau variasi lain petunjuk itu.