Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Pendaftar hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini bagi pentadbiran Akta ini yang sepatutnya.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 836
(3)
Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, dalam kalangan orang dalam penggajian Perbadanan itu, apa-apa bilangan Timbalan
Pendaftar Petunjuk Geografi, Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi pentadbiran
Akta ini yang sepatutnya.
(4)
Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh
Pendaftar, seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong
Pendaftar boleh menjalankan apa-apa kuasa Pendaftar di bawah
Akta ini.
(5)
Pendaftar hendaklah mempunyai suatu meterai dengan reka bentuk sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.
Perlindungan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong
Pendaftar dan pegawai lain