Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 34

(a)

dia memakaikan petunjuk geografi itu atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu pada barang itu tanpa persetujuan tuan punya berdaftar; dan

(b)

barang itu—

(i)

bukan barang tulen tuan punya berdaftar, orang yang diberi kuasa oleh tuan punya berdaftar atau orang yang mempunyai hak untuk menggunakan petunjuk geografi itu di bawah seksyen 28; atau

(ii)

tidak mengikut kualiti, reputasi atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam Daftar.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

suatu petunjuk geografi atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu dipakaikan pada barang itu jika ia dipakaikan secara langsung pada barang itu sendiri;

(b)

suatu petunjuk geografi atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan telah dipakaikan pada barang itu jika ia digunakan dalam—

(i)

apa-apa tanda atau iklan; atau

(ii)

apa-apa invois, katalog, surat perniagaan, kertas perniagaan, senarai harga atau dokumen komersial lain, termasuk apa-apa dokumen sedemikian dalam apa-apa medium; dan

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 836

barang itu diserahkan kepada seseorang menurut permintaan atau pesanan yang dibuat dengan merujuk kepada petunjuk geografi itu sebagaimana yang digunakan;

(c)

suatu petunjuk geografi atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan telah dipakaikan pada barang itu jika—

(i)

ia dipakaikan pada apa-apa pembalut, label, gelendong atau benda di dalamnya atau yang dengannya barang itu dijual, ditawarkan atau dipamerkan untuk dijual atau yang berada dalam milikan bagi maksud perdagangan atau pengilangan;

dan

(ii)

ia digunakan mengikut cara yang mungkin menyebabkan orang untuk mempercayai bahawa ia merujuk kepada, memperihalkan atau menamakan barang itu.

(3)

Mana-mana orang yang memakaikan dengan salah suatu petunjuk geografi berdaftar atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk petunjuk geografi itu pada barang di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan suatu petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda

Petunjuk Geografi 43

tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan suatu petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Bagi maksud subperenggan (2)(c)(i)—

(a)

“pembalut” termasuklah apa-apa penyumbat, gelas, botol, bekas, kotak, kapsul, sarung, bingkai atau pembungkus;

dan

(b)

“label” termasuklah apa-apa gegelang atau tiket.

(5)

Dalam suatu pendakwaan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan persetujuan tuan punya berdaftar petunjuk geografi itu hendaklah terletak pada tertuduh.

Mengimport atau menjual, dsb., barang yang petunjuk geografi dipakaikan dengan salah

Section 34 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my