Malaysia legislation

Section 35

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 35

(a)

mengimport ke dalam Malaysia bagi maksud perdagangan atau pengilangan;

(b)

menjual, atau menawarkan atau mempamerkan bagi jualan; atau

(c)

mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan, apa-apa barang yang petunjuk geografi berdaftar dipakaikan dengan salah padanya di bawah seksyen 34, melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, dia telah, pada masa pelakuan kesalahan yang dikatakan itu, tiada sebab untuk mengesyaki ketulenan suatu petunjuk geografi itu dan atas permintaan yang dibuat oleh

Penolong Pengawal sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 39, dia memberikan semua maklumat dalam pengetahuannya berkenaan dengan orang yang daripadanya dia memperoleh barang itu, melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 836

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(c), seseorang yang mempunyai dalam milikannya tiga atau lebih barang yang dipakaikan dengan salah suatu petunjuk geografi berdaftar disifatkan sebagai mempunyai dalam milikan barang itu bagi maksud perdagangan atau pengilangan.

Pengemukaan maklumat palsu kepada Pejabat Petunjuk

Geografi atau catatan palsu dalam Daftar

Section 35 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my