Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 37

(a)

menyatakan dengan palsu bahawa suatu petunjuk geografi ialah suatu petunjuk geografi berdaftar; atau

(b)

membuat suatu representasi palsu mengenai barang yang baginya suatu petunjuk geografi didaftarkan, mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa representasi itu palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, penggunaan dalam penjalanan perdagangan di Malaysia berhubung dengan suatu petunjuk geografi bagi perkataan “berdaftar” atau apa-apa perkataan atau simbol lain yang membawa sebutan secara nyata atau tersirat bagi pendaftaran hendaklah disifatkan sebagai representasi mengenai pendaftaran di bawah Akta ini melainkan jika ditunjukkan bahawa sebutan itu adalah untuk pendaftaran di tempat lain selain di Malaysia dan bahawa petunjuk geografi itu sebenarnya telah didaftarkan bagi barang yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 836

Kesalahan yang berhubungan dengan ketidakpatuhan terhadap saman atau keengganan untuk memberikan keterangan

Section 37 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my