Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Mana-mana orang yang—
(a)
mengemukakan atau menyebabkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu kepada Pejabat Petunjuk Geografi atau membuat catatan palsu dalam Daftar;
(b)
mengemukakan atau menyebabkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu dalam mana-mana salinan dokumen yang diperaku untuk disimpan di Pejabat Petunjuk Geografi;
Petunjuk Geografi 45
(c)
membuat atau menyebabkan untuk dibuat apa-apa benda palsu yang berupa sebagai salinan catatan dalam
Daftar atau untuk difailkan dengan Pejabat Petunjuk
Geografi; atau
(d)
mengeluarkan atau memberikan atau menyebabkan untuk dikeluarkan atau diberikan sebagai keterangan apa-apa dokumen atau catatan di bawah perenggan (c), mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa catatan, maklumat atau dokumen itu palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Menyatakan dengan palsu petunjuk geografi sebagai berdaftar