Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(a)
bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, memeriksa apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda, dan memasuki mana-mana premis selain premis yang digunakan sebagai tempat kediaman sahaja;
(b)
jika Penolong Pengawal mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah dilakukan, menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda bagi maksud menentukan, dengan cara menguji atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
(c)
menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
(d)
bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, menyita apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini dituruti dengan sewajarnya, menghendaki mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan, dan jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, Penolong Pengawal itu sendiri boleh berbuat demikian.
(2)
Seseorang Penolong Pengawal yang menyita apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini hendaklah memaklumkan orang yang daripadanya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu disita, dan dalam hal barang yang disita daripada mesin penjualan,
Petunjuk Geografi 55
orang yang nama dan alamatnya dinyatakan pada mesin itu sebagai tuan punya, atau jika tiada nama dan alamat dinyatakan sedemikian, penghuni premis tempat mesin itu berada atau yang padanya mesin itu dilekatkan.
(3)
Jika barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita oleh Penolong Pengawal pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini disebabkan oleh jenis, saiz atau amaunnya tidak praktik untuk dipindahkan dari tempat barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dijumpai, dia boleh dengan apa-apa cara mengelak barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai dan ia hendaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau untuk memindahkan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu atau untuk cuba berbuat demikian.
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah