Malaysia legislation

Section 51

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 51

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang ternyata pada

Penolong Pengawal itu perlu dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya menurut kuasa waran di bawah subseksyen yang terdahulu Penolong Pengawal itu hendaklah, jika premis itu tidak dihuni atau penghuni tidak ada buat sementara waktu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan premis itu ditemui olehnya.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 836

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang mengandungi atau yang dengan munasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(5)

Apabila adalah perlu untuk menyebabkan seseorang wanita diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh wanita lain dengan ketertiban sepenuhnya.

(6)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (4) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang didapati pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang berkenaan dengannya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga perintah mahkamah untuk melupuskannya diperoleh.

(7)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk mengalihkan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, Penolong

Pengawal yang membuat penyitaan itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dijumpai.

(8)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7)

atau mengalihkan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Petunjuk Geografi 57

Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran

Section 51 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my