Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
Pengkompaunan kesalahan
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Pengawal boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Pengawal suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Petunjuk Geografi 65
(3)
Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang boleh diberikan oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pengawal.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau ejen