Malaysia legislation

Section 66

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 66

Jika pekhidmat atau ejen seseorang melakukan suatu kesalahan atau membuat apa-apa atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang jika dibuat atau ditinggalkan oleh orang itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang itu hendaklah, walaupun orang itu tiada pengetahuan mengenai kesalahan itu, disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(a)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukan dalam skop biasa pekerjaan pekhidmat atau agensi ejen itu; atau

(b)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan atau ditinggalkan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 836

wajar untuk mengelakkan pelakuan atau peninggalan itu sebagaimana yang sepatutnya dilakukannya dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu.

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Section 66 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my