Malaysia legislation

Section 69

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 69

(2)

Apabila sesalinan permohonan termasuk suatu rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau petunjuk geografi berdaftar itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pendaftar, tertakluk kepada syarat, arahan, suruhan, perintah atau penghakiman lanjut mahkamah.

(3)

Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk suatu rayuan yang difailkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya.

(4)

Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3)

diterima, jika difikirkan oleh Pendaftar bahawa publisiti harus diberikan dalam menguatkuasakan perintah atau penghakiman mahkamah itu, Pendaftar boleh membuat suatu penyiaran yang berhubungan dengan penguatkuasaan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak kepada prosiding tertentu

Section 69 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my