Malaysia legislation

Section 68

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 68

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan

Akta ini; dan

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal, jika perbuatan itu diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

Section 68 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my