Malaysia legislation

Section 85

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 85

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan petunjuk geografi yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini;

dan

(b)

apa-apa maklumat yang berhubungan dengan petunjuk geografi sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Pendaftar.

(2)

Pendaftar hendaklah menjadikan Jurnal Rasmi Harta Intelek tersedia kepada mana-mana orang setelah dibayar fi yang ditetapkan.

(3)

Penyiaran dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah menjadi notis yang mencukupi bagi apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini.

Petunjuk Geografi 79

(4)

Suatu salinan Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah, atas pengemukaannya, diterima dalam prosiding undang-undang sebagai keterangan tanpa bukti lanjut diberikan bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.

(5)

Suatu salinan Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.

(6)

Jika Jurnal Rasmi Harta Intelek itu disiarkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh Jurnal Rasmi Harta Intelek itu disiarkan pada kali pertama dalam apa-apa bentuk hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyiaran Jurnal Rasmi Harta Intelek itu.

Pemfailan elektronik

Section 85 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my