Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Harta Intelek yang hendaklah mengandungi—
(2)
Suatu dokumen yang difailkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah memenuhi kehendak bagi pemfailan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
(3)
Suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu hendak difailkan secara elektronik, diperaku sebagai salinan benar atau disahkan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
(4)
Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk ditandatangani dan diaku saksi di bawah Akta ini hendak difailkan secara elektronik, kehendak bagi pengakusaksian tandatangan itu tidak terpakai.
(5)
Jika suatu dokumen difailkan secara elektronik dengan
Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau peninggalan apa-apa jua jenis atau walau bagaimanapun berlaku, berbangkit atau yang terdapat dalam mana-mana dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1),
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 836
jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku, berbangkit atau terdapat akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi menyediakan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan Pendaftar.
Mengeluarkan dokumen secara elektronik