Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
(a)
permohonannya disifatkan sebagai ditarik balik; atau
(b)
haknya telah dimansuhkan, atau benda yang telah terhenti berkuat kuasa atau wujud, atas sebab bahawa dia telah gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak tatacara dalam mana-mana prosiding atau perkara lain di hadapan
Pendaftar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan atau ditetapkan di bawah Akta ini atau sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bagi mematuhi kehendak itu,
Petunjuk Geografi 83
boleh membuat permintaan kepada Pendaftar bagi penghidupan semula permohonan, hak atau benda itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Pendaftar boleh menghendaki orang itu untuk memberikan justifikasi bagi permintaannya bagi penghidupan semula yang dibuat di bawah subseksyen (1) dengan memberikan apa-apa maklumat lanjut sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.
(3)
Jika Pendaftar membenarkan permintaan bagi penghidupan semula itu, Pendaftar hendaklah menyiarkan suatu pemberitahuan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek bahawa permohonan, hak atau benda itu telah dihidupkan semula.
Cara memberikan keterangan