Malaysia legislation

Section 92

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 92

(2)

Mana-mana akuan berkanun itu boleh, dalam hal suatu rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan melalui afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian, hendaklah mempunyai segala nilai dan kesan keterangan yang sama sebagaimana keterangan melalui afidavit.

(3)

Dalam apa-apa tindakan atau prosiding yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima sebagai keterangan amalan dan penggunaan perdagangan yang berkenaan atau amalan dan penggunaan perniagaan dalam penyediaan perkhidmatan yang berkenaan, dan apa-apa petunjuk geografi atau nama dagangan atau nama perniagaan atau cara gayanya yang berkenaan yang digunakan dengan sah oleh orang lain.

Undang-Undang Malaysia 84

Akta 836

Menjalankan kuasa budi bicara

Section 92 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my