Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Entiti Kerajaan” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 13;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 22(1) dan termasuklah seseorang pekerja
Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah seksyen 23 untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
“Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 9
“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“sistem tarif galakan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011;
“tenaga boleh baharu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011;
“tenaga lestari” ertinya tenaga yang, dalam penjanaan, pembekalan dan penggunaannya adalah sedemikian rupa sehingga dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka, dan termasuklah tenaga boleh baharu;
“undang-undang tenaga lestari” ertinya—
(a)
Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Tenaga
Boleh Baharu 2011; dan
(c)
mana-mana perundangan lain yang di bawahnya Pihak
Berkuasa hendaklah menjalankan mana-mana fungsi, termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu.
10
Undang-Undang Malaysia