Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2011

Seksyen 3

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirnya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih; dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.

Meterai perbadanan

Section 3 — AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2011