Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Perbendaharaan” ertinya Menteri Kewangan dan termasuklah mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahan

Menteri Kewangan yang kepadanya Menteri telah mewakilkan, atau yang, mengikut seksyen 6 atau 7 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], diberi kuasa untuk menjalankan, kuasa di bawah

Akta ini;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 383

“pihak berkuasa awam” ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa berkanun, yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri, yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini, dan mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang dilantik oleh atau yang bertindak bagi pihak mana-mana pihak berkuasa itu.

Section 2 — AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961