Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961
Seksyen 3
Sekatan ke atas peminjam
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada pihak berkuasa awam boleh meminjam wang, atau membuat apa-apa jaminan yang melibatkan liabiliti kewangan, kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan semasa memberi kebenaran itu
Perbendaharaan boleh, dalam hal pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh mana-mana undang-undang Negeri dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat di bawahnya sebagaimana yang difikirkannya patut.