Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Dalam Bahagian ini—
"Komanwel" hendaklah, bagi maksud-maksud Bahagian ini, disifatkan termasuklah, sebagai tambahan, mana-mana negara yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta supaya dimasukkan antara negara-negara yang baginya Bahagian ini terpakai;
"Mahkamah British di suatu negara asing" ertinya manamana Mahkamah British yang mempunyai bidang kuasa di luar Komanwel menurut suatu Perintah Baginda Queen Britain dalam Mesyuarat, sama ada yang dibuat di bawah mana-mana Akta Parlimen United Kingdom atau selainnya;
"Mahkamah Probet" ertinya mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa dengan apa juapun nama ditetapkan, yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara probet;
"probet" dan "surat kuasa pentadbiran" termasuklah pengesahan di Scotland dan apa-apa suratcara yang mempunyai kuatkuasa yang sama, dalam mana-mana bahagian Komanwel, sebagaimana yang diberikan kepada probet atau surat kuasa pentadbiran masing-masingnya di bawah undang-undang Malaysia.