Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Jika sesuatu Mahkamah Probet di mana-mana bahagian Komanwel telah, sama ada sebelum atau selepas lulusnya Akta ini, memberikan probet atau surat kuasa pentadbiran berkenaan dengan harta pusaka seseorang orang sudah mati, maka probet atau surat kuasa pentadbiran yang diberikan sedemikian, atau suatu salinannya yang diperakui, yang dimeteraikan dengan meterai mahkamah yang memberikannya, apabila dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dan suatu salinannya didepositkan di Mahkamah Tinggi itu, boleh dimeteraikan dengan meterai Mahkamah Tinggi itu, dan sesudah itu hendaklah sama berkuatkuasa dan berkesan, dan sama cara pelaksanaannya di Malaysia, seolah-olah ia adalah suatu pemberian yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu:
(a)
jika didapati bahawa si mati, pada masa kematiannya, tidak berdomisil dalam bidang kuasa mahkamah yang telah mengeluarkan pemberian, maka meterai itu tidak boleh dicapkan melainkan jika pemberian itu adalah yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu; dan
(b)
sebelum probet atau surat kuasa pentadbiran dimeteraikan dengan meterai Mahkamah Tinggi, Mahkamah itu boleh menghendaki apa-apa keterangan, jika ada, yang difikirkan patut olehnya tentang domisil orang sudah mati itu.