Malaysia legislation

Section 73

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 73

(2)

Walau apa pun apa-apa persetujuan, pemindahmilikan atau pemindahhakan sedemikian Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang atau seseorang lain yang mempunyai kepentingan—

(a)

memerintahkan supaya dilaksanakan suatu jualan, pertukaran, gadai janji, gadaian, pajakan, pembayaran, pemindahmilikan atau transaksi lain yang difikirkan perlu oleh Mahkamah bagi maksud menyempurnakan hak orang-orang yang mempunyai kepentingan;

(b)

menetapkan bahawa orang itu, yang bukan seorang pembeli, adalah pemegang amanah bagi maksud harta yang terletakhak padanya;

(c)

memberikan arahan berkenaan dengan penyediaan dan penyempurnaan apa-apa dokumen pemindahhakan atau suratcara lain, atau tentang apa-apa perkara lain yang dikehendaki bagi melaksanakan perintah itu; atau

(d)

membuat apa-apa perintah peletakhakan atau melantik seseorang untuk memindahhakkan mengikut peruntukan-peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949.

(3)

Seksyen ini tidak memudaratkan hak seorang pembeli atau seseorang yang memperolehi hakmilik daripadanya, tetapi terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.