Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
(a)
sesuatu penguntukan yang memudaratkan apa-apa devis atau bekues tertentu tidak boleh dibuat di bawah seksyen ini;
(b)
sesuatu penguntukan harta si mati bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah, sama ada ia adalah atau bukan suatu pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh wasiat, jika ada, tidak boleh (kecuali sebagaimana yang disebutkan kemudian daripada ini) dibuat di bawah seksyen ini kecuali dengan persetujuan yang berikut:
(i)
jika dibuat untuk faedah seseorang yang berhak memilikinya secara mutlak atau benefisial, persetujuan orang itu; dan
(ii)
jika dibuat berkenaan dengan apa-apa legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan, sama ada persetujuan pemegang amanahnya, jika ada (yang bukan juga wakil dirinya), atau persetujuan orang yang mungkin pada masa ini berhak kepada pendapatan itu, dan jika orang yang persetujuannya dikehendaki sebagaimana yang tersebut dahulu adalah seorang orang belum dewasa atau gila atau cacat, maka persetujuan itu hendaklah diberikan bagi pihaknya oleh ibu bapanya atau ibu atau bapanya, penjaga menurut wasiat atau penjaga lain, jawatankuasa atau penerima, atau jika, dalam hal seseorang orang belum dewasa, tiada terdapat ibu bapa atau penjaga sedemikian, maka oleh Mahkamah, atas permohonan sahabat wakilnya;
(c)
tiada persetujuan (kecuali mengenai pemegang amanah sebagaimana yang tersebut dahulu) dikehendaki bagi pihak seseorang yang mungkin muncul selepas penguntukan dibuat, atau yang tidak dapat dijumpai atau ditentukan pada masa itu;
(d)
jika tiada jawatankuasa atau penerima bagi seseorang yang gila atau cacat telah dilantik, maka, jika penguntukan ialah mengenai suatu pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh wasiat si mati, jika ada, bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu, maka tiada persetujuan dikehendaki bagi pihak orang gila atau cacat itu; dan
(e)
jika, tanpa mengira wakil diri, tidak ada pemegang amanah bagi sesuatu legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan, dan tidak ada orang yang cukup umur dan berkeupayaan penuh yang berhak kepada pendapatan daripadanya, maka tiada persetujuan dikehendaki bagi suatu penguntukan berkenaan dengan legasi, bahagian atau kepentingan itu:
Dengan syarat bahawa penguntukan itu ialah mengenai suatu pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang tersebut dahulu.
(2)
Apa-apa harta yang diuntukkan dengan wajar di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah selepas itu dikira sebagai suatu pelaburan yang dibenarkan, dan bolehlah disimpan atau diuruskan dengan sewajarnya.
(3)
Bagi maksud apa-apa penguntukan sedemikian, wakil diri boleh menentukan dan menetapkan nilai bahagian-bahagian harta alih dan tak alih itu masing-masingnya dan liabiliti si mati sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, dan bagi maksud itu hendaklah menggunakhidmat seorang penilai yang berkelayakan sewajarnya dalam apa-apa hal di mana penggunaankhidmat itu perlu, dan boleh membuat apa-apa pemindahmilikan atau pemindahhakan (termasuklah suatu persetujuan) yang mungkin perlu bagi melaksanakan penguntukan itu.
(4)
Sesuatu penguntukan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah mengikat semua orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta si mati yang persetujuan mereka adalah dengan ini tidak dijadikan keperluan.
Probet dan Pentadbiran
(5)
Pada membuat penguntukan itu, wakil diri hendaklah memberi perhatian kepada hak mana-mana orang yang mungkin muncul kemudian, atau yang tidak dapat dijumpai atau ditentukan pada masa penguntukan dibuat, dan mana-mana orang lain yang persetujuannya tidak dikehendaki oleh seksyen ini.
(6)
Seksyen ini tidaklah menjejaskan apa-apa kuasa lain mengenai penguntukan yang diberikan oleh undang-undang atau wasiat (jika ada) si mati, dan jika sesuatu penguntukan dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan, maka harta yang diuntukkan itu hendaklah masih tertakluk kepada semua amanah untuk jualan dan kuasa pemajakan, pelupusan dan pengurusan, atau untuk mengubah pelaburan, yang mungkin terpakai baginya atau bagi legasi, bahagian atau kepentingan yang berkenaan dengannya penguntukan dibuat, jika tidak ada penguntukan sedemikian dibuat.
(7)
Jika selepas apa-apa harta tak alih diuntukkan yang berupa sebagai menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini, orang yang kepadanya harta itu telah dipindahmilikkan atau dipindahhakkan melupuskannya atau apa-apa kepentingan mengenainya, maka, bagi faedah seseorang pembeli, penguntukan itu hendaklah disifatkan telah dibuat mengikut kehendak-kehendak seksyen ini dan selepas semua persetujuan yang dikehendaki, jika ada, telah diberikan.
(8)
Dalam seksyen ini, sesuatu legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan termasuklah apaapa legasi, bahagian atau kepentingan yang mengenainya seseorang itu tidak berhak secara mutlak untuk memilikinya pada tarikh penguntukan itu, juga suatu anuiti, dan "pembeli" ertinya seseorang pembeli kerana wang atau sesuatu yang bernilai wang.
(9)
Seksyen ini terpakai sama ada si mati mati tak berwasiat atau tidak, dan sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini, dan meliputi harta yang ke atasnya seseorang pewasiat menjalankan kuasa am mengenai penetapan, dan membenarkan wang disimpan bagi membayar anuiti dengan menggunakan pendapatan daripada wang itu atau selainnya, tetapi tertakluk kepada seksyen 60.