Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Perdana Menteri hendaklah melantik seorang
Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan
Nasional atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(3)
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2), masing-masing, hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun—
(a)
dalam hal pelantikan sebagai Ketua Pengarah, sebagaimana yang Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Perdana Menteri, fikirkan wajar; atau
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 13
(b)
dalam hal pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebagaimana yang Perdana Menteri fikirkan wajar.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), jika Ketua Pengarah atau
Timbalan Ketua Pengarah dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, tempoh pelantikan Ketua Pengarah atau
Timbalan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula—
(a)
dalam hal pelantikan sebagai Ketua Pengarah, oleh
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri;
atau
(b)
dalam hal pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, oleh Perdana Menteri, secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
(5)
Bagi maksud subseksyen (4), tempoh bagi pelantikan semula Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah secara kontrak tidak boleh melebihi tempoh yang dia dilantik di bawah subseksyen (3).
(6)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi hala tuju, arahan dan kawalan mengenai semua perkara yang berhubungan dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.
(7)
Ketua Pengarah boleh, bagi melaksanakan sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini, mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau keputusan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat tertakluk kepada peruntukan Akta ini.
Pelantikan pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan
Nasional yang lain