Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 11

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 11

Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menentukan hala tuju Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan Nasional dalam mencegah jenayah kewangan;

(b)

untuk meluluskan dan memantau mana-mana operasi bersepadu;

(c)

untuk membuat syor kepada Lembaga Penasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 822

(d)

untuk menentukan polisi operasi yang berhubungan dengan operasi bersepadu dan sistem data berpusat dan untuk memberi perundingan mengenai garis panduan bagi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional;

(e)

untuk membangunkan hala tuju strategik dan perancangan

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional;

(f)

untuk memastikan pelaksanaan nasihat oleh

Lembaga Penasihat; dan

(g)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini.

Section 11 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019