Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Maklumat dan data yang dianalisis dalam sistem data berpusat boleh digunakan bagi merancang dan menyelaras operasi bersepadu dan bagi mencegah jenayah kewangan.
(3)
Bagi maksud sistem data berpusat, Pusat Pencegahan Jenayah
Kewangan Nasional boleh—
(a)
meminta atas inisiatifnya sendiri atau menerima apa-apa maklumat dan laporan yang berkenaan daripada mana-mana orang, Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa bagi maksud apa-apa operasi bersepadu atau pencegahan jenayah kewangan;
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 15
(b)
tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), menghantar apa-apa maklumat dalam sistem data berpusat, atau menghantar mana-mana data yang dianalisis dalam sistem data berpusat, kepada mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa; dan
(c)
membangunkan polisi dan garis panduan operasi yang berhubungan dengan sistem data berpusat.
(4)
Mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberi maklumat kepada Pusat Pencegahan Jenayah
Kewangan Nasional yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan
Nasional fikirkan patut bagi maksud apa-apa operasi bersepadu atau bagi pencegahan jenayah kewangan.
(5)
Apa-apa maklumat yang diterima oleh Pusat Pencegahan
Jenayah Kewangan Nasional di bawah subseksyen (4) boleh dihantar kepada mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa yang lain tertakluk kepada takat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai yang mengawal penzahiran maklumat itu.
Kuasa untuk mengumpul maklumat