Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 16

(a)

memberi dan mengemukakan kepada Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, apa-apa maklumat atau dokumen itu;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 822

(b)

membuat salinan apa-apa dokumen itu dan mengemukakan salinan itu kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; atau

(c)

hadir di hadapan seorang pegawai Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis itu untuk memberikan apa-apa maklumat.

(2)

Mana-mana orang yang menerima suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1), hendaklah—

(a)

memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu;

(b)

memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap; dan

(c)

memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional apa-apa maklumat yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional fikirkan patut bagi maksud pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(4)

Jika mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada suatu notis bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pemberian itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau bagi apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 17

(5)

Subseksyen (4) tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional menurut seksyen ini.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Section 16 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019