Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 4

Fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menyelaras dan bekerjasama dalam operasi bersepadu dengan agensi penguat kuasa dalam perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan dan untuk menasihati agensi penguat kuasa dalam perkara yang berkaitan;

(b)

untuk menubuhkan, mentadbir dan menyenggara suatu sistem data berpusat yang berhubungan dengan jenayah kewangan bagi menyediakan sokongan untuk operasi bersepadu dan untuk menghantar maklumat dalam sistem data berpusat kepada Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa lain; dan

(c)

untuk melaksanakan aktiviti yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan.

Section 4 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019