Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 5

(2)

Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

Ketua Pengarah; dan

(c)

tidak lebih daripada lima orang anggota sebagaimana yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Perdana Menteri.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 822

(3)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat

Perdana Menteri, melantik Pengerusi Lembaga Penasihat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.

(4)

Pengerusi Lembaga Penasihat hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu dia layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

(5)

Anggota Lembaga Penasihat lain yang dilantik di bawah perenggan (2)(c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu mereka adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatan mereka.

(6)

Dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan Pengerusi Lembaga Penasihat dan anggota lain di bawah perenggan (2)(c), Perdana Menteri hendaklah mengambil kira—

(a)

kejujuran dan kedudukan orang itu;

(b)

kelayakan akademik, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perkara perbankan, ekonomi, kewangan, pengurusan aset, percukaian, pendakwaan, penyiasatan, undang-undang atau perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perdana Menteri; dan

(c)

kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.

(7)

Lembaga Penasihat hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.

Pembatalan dan peletakan jawatan anggota Lembaga Penasihat

Section 5 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019