Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga Penasihat yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga Penasihat mengenai perkara itu; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 822
(b)
tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga Penasihat semasa perkara itu sedang dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Seseorang anggota Lembaga Penasihat yang gagal menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4)
Tiada tindakan atau keputusan Lembaga Penasihat boleh menjadi tidak sah atas alasan pelanggaran oleh seorang anggota di bawah subseksyen (3).
Fungsi Lembaga Penasihat