Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 9

Lembaga Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek yang berhubungan dengan jenayah kewangan;

(b)

untuk menasihati Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional mengenai hala tuju dan perancangan strategiknya;

(c)

untuk menimbang teliti dan membuat keputusan atas syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan; dan

(d)

untuk memudah cara kerjasama antara Pusat Pencegahan

Jenayah Kewangan Nasional, Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa bagi pencegahan jenayah kewangan.

Section 9 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019