Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat, sebelum kematian penerima, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman;
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 6
“Darjah Kebesaran” ertinya Darjah Kebesaran Seri Pahlawan
Gagah Perkasa yang dianugerahkan di bawah Statut Seri Pahlawan
Gagah Perkasa (S.P.) [G.N. 3150 tahun 1960];
“elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3 (1);
“Menteri” ertinya Perdana Menteri;
“penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahkan Darjah
Kebesaran;
“suami” atau “isteri” ertinya balu atau duda penerima yang mati yang perkahwinannya diiktiraf di
Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Pemberian elaun kenangan
*3. (1) Maka bolehlah diberi kepada seorang penerima suatu elaun kenangan sebanyak empat ratus ringgit sebulan, dan jika Darjah
Kebesaran dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberi kepadanya suatu elaun kenangan berasingan sebanyak empat ratus ringgit sebulan berkenaan dengan setiap Darjah
Kebesaran yang dianugerahkan kepadanya, dan elaun itu hendaklah dibayar secara tunggakan tidak awal dari penghujung setiap bulan.
(2)
Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima masih hidup pada tarikh kuat kuasa itu, elaun kenangan hendaklah dibayar secara kebelakangan kepada penerima, mulai dari bulan Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya, tetapi tidak boleh lebih awal dalam apa-apa keadaan, dari bulan Jun 1983.
*CATATAN─ Lihat seksyen 4 dan 5 Akta A1136 bagi penghitungan dan cara pembayaran dan pemberian kepada waris kadim penerima yang mati sebelum permulaan kuat kuasa
Akta.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 7
(3)
Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima secara bulanan dengan tunggakan, mulai dari bulan bila
Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya.
Pemberhentian pemberian elaun kenangan