Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
apabila penerima itu mati;
(b)
apabila penerima itu disabitkan bagi suatu kesalahan oleh mahkamah undang-undang dalam Persekutuan dan dikenakan hukuman mati, atau dipenjarakan bagi apa-apa tempoh selain dipenjarakan sebagai ganti pembayaran denda; atau
(c)
apabila penganugerahan Darjah Kebesaran itu dikenselkan atau dibatalkan mengikut seksyen VIII Statut Seri
Pahlawan Gagah Perkasa, dan tiada elaun kenangan boleh dibayar mulai dari bulan bila kematian itu berlaku, atau hukuman itu dikenakan, atau penganugerahan Darjah Kebesaran dikenselkan atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(1A)
Bagi maksud subseksyen (1), bulan yang hukuman itu dikenakan ertinya bulan yang hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah yang membicarakan atau jika ada rayuan terhadap hukuman itu bulan yang hukuman itu disahkan atas rayuan itu.
(2)
Jika penerima menerima pengampunan bebas berkenaan dengan sabitan tersebut, atau jika Darjah Kebesaran yang dikenselkan atau yang dibatalkan itu diberi semula kepadanya, elaun kenangan hendaklah diberi semula kepadanya mulai dari bulan pengampunan bebas itu diterima atau pemberian semula Darjah Kebesaran itu dibuat.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 439
Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian