Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Jika Darjah Kebesaran telah dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima telah mati sebelum tarikh permulaan kuat kuasa itu, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali—
(a)
kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
(b)
jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau
(c)
jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar