Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
(b)
jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau
(c)
jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
(2)
Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali─
(a)
kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu;
(b)
jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau
(c)
jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 9
Pemberian kepada waris kadim penerima yang telah mati sebelum Akta mula berkuat kuasa