Malaysia legislation

Section 27

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 27

(a)

memerintahkan mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam melalui Ketua Jabatannya, atau mana-mana orang untuk hadir di hadapan pegawai

Suruhanjaya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai

Suruhanjaya itu, membantu dalam penyiasatan itu; atau

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 839

(b)

memerintahkan mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam melalui Ketua Jabatannya, atau mana-mana orang untuk mengemukakan, dalam masa yang dinyatakan oleh pegawai Suruhanjaya, suatu pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalam pernyataan secara bertulis itu segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, yang merupakan maklumat yang boleh, pada pendapat pegawai Suruhanjaya itu, membantu dalam penyiasatan itu.

(2)

Mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang kepadanya telah diberikan suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(a)—

(a)

hendaklah hadir mengikut terma notis itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan

(b)

hendaklah, semasa pemeriksaan itu, menzahirkan semua maklumat yang diketahuinya, atau yang ada dengannya, berkenaan dengan perkara yang berhubung dengannya dia diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan kepadanya dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya adalah benar.

(3)

Pegawai Suruhanjaya yang memeriksa mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu, dan jika anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai Suruhanjaya hendaklah mengendors pada rekod itu dengan ditandatangani oleh pegawai

Suruhanjaya itu hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagi keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang diperiksa itu.

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 23

(4)

Anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai Suruhanjaya, tetapi anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu—

(a)

boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkan anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan; atau

(b)

boleh enggan mendedahkan maklumat sensitif jika diperaku oleh Ketua Jabatan bahawa pengemukaan maklumat sensitif itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara.

(5)

Mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk memperoleh dokumen atau benda lain

Section 27 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022