Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Notis di bawah seksyen ini—
(a)
hendaklah menyatakan atau memperihalkan dokumen atau benda lain yang berkenaan; dan
(b)
hendaklah menetapkan masa dan tarikh untuk mematuhi notis itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 839
(3)
Notis di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa kehendak di bawah subseksyen (2) bolehlah dipatuhi oleh mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu dan boleh, tetapi tidak semestinya, menyatakan orang atau golongan orang yang boleh bertindak sedemikian.
(4)
Mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang telah disampaikan notis di bawah seksyen ini—
(a)
yang tidak mematuhi notis itu; atau
(b)
yang memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir yang material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(5)
Jika suatu dokumen yang diminta oleh Suruhanjaya itu ialah suatu dokumen terperingkat, dokumen itu hendaklah diuruskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].
(6)
Jika mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam berpendapat bahawa suatu dokumen atau benda lain yang diminta oleh Suruhanjaya itu mengandungi maklumat yang akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara, anggota pasukan polis atau pegawai badan awam itu hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing sebelum mengemukakan dokumen atau benda lain itu kepada Suruhanjaya.
Dapatan penyiasatan