Malaysia legislation

Section 3

of AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“terdiri daripada” perkataan “tidak kurang daripada tujuh dan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik dalam kalangan warganegara Malaysia yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia, yang terdiri daripada lelaki dan wanita daripada pelbagai latar belakang agama atau ras, dan orang kurang upaya.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wakil dalam kalangan orang kurang upaya dan sekurang-kurangnya tiga puluh peratus wakil dalam kalangan wanita.

(3b)

Mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik tidak boleh dilantik sebagai anggota Suruhanjaya.”.

Seksyen baharu 6a

Section 3 — AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024