Malaysia legislation
Section 4
of AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6
seksyen yang berikut:
“Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya
Kanak-Kanak 6a. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menetapkan dalam kalangan anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5, seorang Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan dua orang
Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubungan dengan kanak-kanak.
Undang-Undang Malaysia 6
(2)
Tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan
Pesuruhjaya Kanak-Kanak adalah selama tempoh keanggotaan mereka dalam Suruhanjaya.
(3)
Fungsi Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya
Kanak-Kanak di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi mereka sebagai anggota Suruhanjaya.
(4)
Dalam menjalankan fungsi mereka, Ketua Pesuruhjaya
Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah tertakluk kepada arahan Pengerusi Suruhanjaya.”.
Pindaan seksyen 8