Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009

Seksyen 23

(2)

Sesuatu aduan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

butir-butir pengadu;

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 21

(b)

butir-butir pegawai penguat kuasa, jika boleh dikenal pasti, yang tindakan yang diambil atau tidak diambilnya menjadi asas aduan itu, atau jika tidak boleh dikenal pasti, suatu perihalan atau apa-apa butir lain yang mencukupi bagi membolehkannya dikenal pasti;

(c)

butir-butir mengenai salah laku yang diadukan, termasuklah tarikh dan tempat berlakunya salah laku itu;

(d)

butir-butir orang yang terjejas oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa itu, jika orang itu bukan pengadu;

(e)

butir-butir mana-mana orang lain yang hadir semasa atau terlibat dalam tindakan yang diambil atau tidak diambil yang diadukan itu, jika ada; dan

(f)

apa-apa perincian lain, termasuklah gambar foto dan dokumen, yang difikirkan patut atau perlu oleh pengadu untuk dimasukkan dalam aduan itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu aduan tidak boleh ditolak kerana ketiadaan mana-mana butir atau perincian yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a) hingga (f) melainkan jika aduan itu menjadi mustahil atau tidak mungkin dapat dinilaikan tanpa butir-butir atau perincian sedemikian.

(4)

Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera merekodkan semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya dalam Daftar Aduan dan menilai aduan itu tentang sama ada—

(a)

kelakuan yang diadukan itu termasuk dalam ruang lingkup salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24;

(b)

aduan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati;

(c)

hal perkara aduan itu kecil;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

(d)

salah laku yang diadukan telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan;

(e)

terdapat atau telah tersedia ada suatu cara tebus rugi alternatif dan memuaskan bagi pengadu; dan

(f)

hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan.

Ruang lingkup salah laku

Section 23 — AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009