Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;
(b)
apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar;
(c)
apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan;
(d)
apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;
(e)
apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan;
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 23
(f)
kegagalan pegawai penguat kuasa untuk mengikuti kaedah-kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan
(g)
perlakuan apa-apa kesalahan jenayah oleh pegawai penguat kuasa.
(2)
Salah laku pegawai penguat kuasa boleh disiasat oleh
Suruhanjaya walaupun—
(a)
tindakan yang diambil atau tidak diambil itu turut melibatkan orang yang bukan pegawai penguat kuasa;
atau
(b)
tindakan yang diambil atau tidak diambil itu berlaku semasa pegawai penguat kuasa itu tidak bertugas secara rasmi.
Penyiasatan awal